Saturday, May 07, 2011

TERGAMAK HALAU BAPAK SENDIRI !

korang pernah terfikir tak nak halau bapak atau mak korang sendiri? tak pernah kan. tak sanggup rasanya nak buat camtu. dah banyak yang diorang bagi kat kita. rasa tak dapat nak balas sepenuhnya semua yang mereka dah lakukan untuk kita. 

ada jugak insan kat dunia yang sanggup buat macam tu. tapi dilakukan sebab isteri! sapa sepatutnya yang perlu dipersalahkan? anak lelaki yang terlalu mengikut kata isteri? atau isteri yang tidak menghormati bapa mertua? hurm. 

jom baca dulu kisah kat bawah ni.

***


IPOH: Anak derhaka! Mungkin itu perkataan tepat diberikan kepada seorang anak berkelulusan universiti yang tergamak menghalau bapanya yang berusia 64 tahun semata-mata kerana menegur isterinya yang tidak menutup tingkap ketika senja. Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam di Manjung pada 5 April lalu, bapa malang yang mahu dikenali sebagai Ismail itu hanya mampu menjerit dan merayu selepas anaknya mengunci pintu pagar rumah dan menutup pintu bagi mengelak ayahnya memasuki semula ke dalam rumah. Berikutan itu, bapa malang itu yang bersara sebagai penyelia sebuah ladang di Tapah, terpaksa berkeliaran dan hidup bergelandangan tanpa arah tuju. 


ISMAIL ketika ditemui di sebuah rumah kebajikan, di Ipoh.


Ismail berkata, dia terpaksa mencari sesuap nasi dengan menjual barang terpakai kira-kira tiga minggu sekitar Manjung sebelum membuat keputusan menaiki bas ke bandar raya ini sebelum ditahan dalam operasi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kini tinggal di sebuah rumah kebajikan di sini. 



Beliau berkata, sejak kematian isteri akibat radang paru-paru pada 2005, kehidupannya mula berubah menjadi tidak terurus tambahan anak lelakinya sudah berumahtangga dan tinggal di Manjung. 




Katanya, perasaan sunyi dalam hidupnya terubat apabila anak lelakinya bersama isteri serta tiga anak mereka mengunjungi rumahnya pada penghujung 2007 dan mempelawa beliau tinggal bersama mereka. 

Bagaimanapun, kegembiraan tinggal bersama anak dan menantunya itu tidak lama apabila kehadirannya seolah-olah tidak diterima. Beliau juga mendakwa diberi pelbagai peraturan oleh menantu, termasuk soal remeh-temeh seperti mencuci kaki sebelum masuk rumah dan dilayan seperti orang tua nyanyuk yang tidak tahu mengurus diri sedangkan dirinya masih aktif dan sihat. 





“Walaupun dilayan begitu, saya tetap sabar dan menurut segala peraturan serta kehendak anak lelaki dan isterinya itu. Ketika itu saya baru sedar pelawaan mereka tidak ikhlas dan mereka rimas kehadiran saya di rumah. 




“Bagaimanapun, sebagai bapa, tidak pernah terlintas di fikiran saya akan dihalau anak kandung sendiri dan diperlakukan seperti saya tiada maruah dan nilai hidup. 




“Hancur luluh hati saya kerana ia hanya berpunca daripada tindakan saya menegur menantu supaya menutup tingkap berikutan sudah Maghrib,” katanya sambil berlinangan air mata ketika ditemui di sebuah rumah kebajikan di sini, semalam. 




Ismail berkata, hasil perkongsian hidup dengan arwah isteri, mereka dikurniakan dua cahaya mata, namun anak sulungnya meninggal dunia ketika masih kecil kerana demam panas.


***

hurm. *sebab pak mertua hang suh tutup tingkap ja hang nak suh laki hang p halau pak dia sendiri??* wth lar kan. dah maghrib takkan tak reti nak tutup tingkap. bukannya salah pun apa yang bapak mertua dia suruh. in my opinion , isteri dia tu yang patut kena halau. haha. yang si suami lak , ikut je cakap isteri tu. tak reti nak bezakan yang mana betul yang mana salah. 

ish ish ish. apa lar nak jadi skang ni. sampai anak sanggup halau bapa sendiri yang dah bersusah payah besarkan dia dari kecil. 

ya ALLAH , jauhkan lar aku dari buat benda benda yang tak elok kepada kedua ibu bapaku.

Copied from : Sofea punya blog!
omaigashh :(  berlaku di MANJUNG pulak tu . sedih betol ! dekat jea ngn akuu .  kalau aku jumpa family tu, aku  maki2 dia ckop2 ! aishhh ! kesiannyaa pakcik :(

Ashaa .

Dah baca? like ea. jgn lupa TICK au. muahx :*

No comments:

Post a Comment